Basikal Elektronik Yike Bike

Share Button

Basikal elektrik jenama YikeBike semakin mendapat perhatian umum di Eropah yang dikatakan penyelesaian kepada kesesakan jalan raya dengan kelajuan 25kms menggunakan kuasa bateri 1kW.

Berikutan model terbabit digerakkan melalui kuasa elektrik menjimatkan tenaga untuk mengayuh, ia sesuai digunakan golongan pelajar atau pekerja untuk perjalanan jarak dekat yang lebih mudah dan lancar.

Ia mempunyai saiz tayar 20 inci tapi boleh dilipat dengan mudah yang mengambil masa hanya 15 saat sebelum dibawa masuk ke dalam kereta atau bas.

PRODUK: YikeBike

HARGA: dari RM6,000

SAIZ TAYAR: 20 inci (depan), 8 inci belakang

CIRI KESELAMATAN: brek, dua lampu keselamatan dan dua lampu isyarat

KUASA: 450Watt

TEMPOH MELIPAT: 15 saat

BATERI: LiFePO4

KELAJUAN: 25kms

CIRI HIJAU: tiada pengeluaran karbon

TEMPOH MENGECAS: 30 minit

PENGGUNAAN: 10km

BERAT: 10kg

Comments

  1. aizat

    Sealamt sejahtera,

    saya ingin bertanya di mana saya boleh mendapatkan basikal ini? dan bolehkah saya mencuba dahulu kerana belum pernah mencuba. terima kasih.

Apa komen anda?