Apa Kamera Kegemaran Siti Nurhaliza?

Share Button

Siti Nurhaliza dikatakan mempunyai kegemaran fotografi dan menggunakan kamera semi DSLR Sony NEX5 iaitu kamera ultra-kompak berlensa boleh ubah dikatakan model terkecil di dunia yang membolehkan pengguna merakam foto berkualiti DSLR.

Ia mantap dengan teknologi Exmor 14.2 megapiksel dengan pengesan Exmor APS HD CMOS untuk merakam imej yang padu dan tajam dan mampu merakam video HD penuh 1080i.

Setakat ini, NEX-5 ada pilihan daripada lensa 18-55mm f3.5-5.6, 18-200mm f3.5-6.3 dan 16mm F2.8 dengan sudut lebar dan penukar FishEye.

Beratnya pula sekitar 287 gram saja dengan ISO Auto, ISO 200/ 400/ 800/ 1600/ 3200/ 6400/ 12800 serta kelajuan shutter 30 hingga 1/4000. Paparan skrinnya pula 3.0 inci XtraFine.

Apa komen anda?