Nissan Grand Livina, Latio dan Latio Sport Bermasalah?

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengadakan satu kempen servis penyelenggaraan untuk 32,100 unit Nissan Grand Livina yang dihasilkan dari Disember 2007 hingga Jun 2010. Selain 9,300 unit Nissan Latio dan Latio Sport yang dihasilkan dari Mei 2007 hingga Jun 2010 di Malaysia.

ETCM baru-baru ini, ada menerima beberapa kes yang mana meter minyak tidak menunjukkan bacaan rendah yang tepat mengenai posisi tolok bahan apinya. Setelah disiasat, didapati bahawa masalah tersebut mungkin disebabkan oleh perpindahan elektro kimia ke atas kad penahan di dalam tolok bahan api yang terjejas akibat kombinasi aspek-aspek persekitaran seperti variasi bahan api dan sebagainya.

Pada masa yang sama, untuk mengelakkan ketidakselesaan, kami ingin menasihatkan semua pemilik kenderaan Nissan yang terjejas untuk memastikan tahap minyak berada pada separuh tangki atau lebih sementara menunggu penggantian alat ganti dibuat.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata,“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengadakan kempen servis penyelenggaraan ini yang meliputi semua kenderaan yang dihasilkan dalam tempoh tersebut, walaupun bukan semua kenderaan itu terjejas. Kos buruh dan penggantian alat ganti bagi kempen ini adalah percuma. Semua proses tersebut tidak akan mengambil masa lebih dari satu jam.

Pemilik kenderaan Nissan yang terjejas boleh menghubungi Tan Chong Express Auto Service Centre terdekat atau talian khas perkhidmatan pelanggan di talian Toll FREE: 1800-88-3838 untuk temu janji penyelenggaraan. Ia juga boleh dibuat semasa servis penyelenggaraan berjadual.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>