Kaspersky & AirAsia Jalin Kerjasama

Share Button

Peneraju perisian keselamatan, Kaspersky Lab telah menandatangai perjanjian perkongsian pintar dengan gedung membeli belah online, AirAsiaMegastore.com yang menyediakan dua juta lesen penggunaan produk Kaspersky Anti-Virus (KAV) 2011 selama enam bulan kepada pelanggan gedung maya itu.

Perkongsian pintar antara Kaspersky Lab dan AirAsiaMegastore.com sudah bermula sejak Disember 2010 lalu selama enam bulan.

Bagaimanapun disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan berdaftar AirAsiaMegastore.com, promosi ini dilanjutkan sehingga Ogos 2011 dengan bermatlamat untuk memastikan lebih ramai dapat dilindungi di alam siber.

Tawaran penebusan untuk mendapatkan KAV 2011 yang setiap satu bernilai RM34.50, terbuka kepada semua ahli kelab AirAsiaMegastore.com di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Brunei Darussalam.

Menurut IDC, 50 peratus pengguna Internet di Malaysia melakukan transaksi online dengan jumlah urus niaga yang melebihi RM24 juta pada 2009.

Angka terbabit dijangka sudah berlipat kali ganda pada masa kini terutama dengan peningkatan akses terhadap jalur lebar iaitu sehingga 55 peratus pada 8 Disember 2010 yang menjadikan perkongsian pintar ini suatu langkah yang tepat pada masanya.

Apa komen anda?