Tonton Filem, Kemaskini Facebook Terus Dari TV Hub

Share Button

Tonton Filem Terus Dari Pamacu Cakera Keras Berinternet

WD TV Live Hub

Cuma perlukan sambungan internet

Western Digital® (WDC), iaitu peneraju peranti setoran luaran yang popular dengan pemain media WD TV melancarkan pusat media WD TV® Live Hub™ Full-HD 1080p berkapasiti 1 terabait (TB) yang memiliki cakera keras rangkaian di dalamnya.

Ia membolehkan pengguna memuat turun filem terus ke peranti tersebut sebelum menontonnua terus di TV tanpa perlu pemain bluray dan sebagainya.

Cuma muat turun filem atau siri kegemaran daripada perkhidmatan seperti Blockbuster On Demand® malah boleh berinteraktif di Facebook sekaligus.

WD TV Live Hub adalah pusat media yang boleh memainkan pelbagai format video Full-HD 1080p termasuk .mkv, .mp4 and .mov.

Setoran 1 TB sudah cukup memberi kebebasan sementara fail digital boleh terus diambil daripada PC atau Mac.

Dua port USB membenarkan pemindahan fail menggunakan thumbdrive, kamkorder atau kamera.

Pengguna turut boleh stream video daripada pemacu rangkaian rumah dengan pelayan seperti DLNA/UPnP™.

Satu lagi ciri unik adalah penyepaduan Facebook yang membenarkan pengguna muat turun video, foto atau kemaskini status asalkan anda mempunyai skrin TV besar.

Harga WD TV Live Hub ditetapkan pada RM749.

Stori Ini Dihantar Melalui iPhone

Apa komen anda?