Pengasas Facebook Derma RM310 juta

Share Button

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menjadi jutawan ke-17 yang mendermakan kekayaannya kepada badan kebajikan diasaskan Bill Gates.

Badan kebajikan tersebut diasaskan bagi menggalakkan jutawan US untuk mendermakan harta mereka kepada golongan yang memerlukan.

Pada usia 26, Mark Zuckerberg antara peserta termuda.

Beliau menyumbang kira-kira RM310 juta kepada sekolah-sekolah di sekitar New Jersey.

“Kebanyakan orang menunggu sehingga tua untuk melakukannya, apa salahnya kalau mulakan dari usia muda dan di kemuncak karier?” katanya. 

Kekayaan Zuckerberg dianggarkan bernilai RM21 bilion dan disenaraikan Forbes sebagai orang ke-35 terkaya di US.

Badan kebajikan tersebut dinamakan The Giving Pledge yang ditubuhkan awal tahun dengan 40 individu sudah mendaftar.

Stori Ini Dihantar Melalui iPhone

Apa komen anda?