Cepat Belajar Dengan Game

Share Button

Microsoft bersedia menawarkan kepakaran teknologinya dalam usaha membantu meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini dengan komitmen bersama Jabatan Pendidikan untuk mencipta persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi.

Presiden Microsoft International, Jean Philippe Courtois, berkata misi pertama pelaksanaan inisiatif terbabit ialah membantu pelajar menyedari potensi mereka terutama pengembangan idea teknologi yang menjadi tunjang kekuatan gergasi perisian itu selama ini.

Psikologi pelajar perlu dikembangkan dengan menukar proses pembelajaran inovasi yang berkemampuan menyelesaikan masalah seterusnya membolehkan mereka membina idea penciptaan dan eksplorasi,” katanya.

Microsoft mengambil langkah ke depan dalam menentukan potensi pelajar kreatif melalui pertandingan pembangunan game Kodu Kup 2010 yang merencana persekitaran kreatif dalam minda pelajar.

Kalau diikutkan kaedah tradisional pembelajaran, game jelas bukan sebahagian daripada kurikulum namun hari ini, pendidik mula memahami perkembangan nilai permainan yang boleh menggalakkan pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah kemahiran dan kerjasama,” katanya.

Katanya, Kodu Kup patut dijadikan proses pembelajaran yang memberikan guru dan pelajar peluang untuk bergandingan mencari idea untuk menyelesaikan masalah mengikut persekitaran pendidikan secara tidak langsung menggalakkan kaedah pengajaran baru.

Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, Selangor, Khong Yee Juan dan Darryl Tan memjadi pemenang kategori pelajar apabila berjaya mencipta game ‘Kodu And The Army of Darkness’.

Game PC terbabit menewaskan 120 penyertaan lain mengisahkan Bruce yang dipindahkan ke alam maya secara tidak sengaja dan diminta untuk menentang Army of Darkness oleh ahli magik bagi menyelamatkan dunia.

Mereka memenangi konsol game Xbox 360 Arcade dan notebook HP 5102.

Kodu Kup turut disokong Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang percaya inovasi penuh diterapkan dalam pendidikan berupaya melonjakkan kualiti pelajar di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Raslan Ahmad, beranggapan kerjasama pemain industri seperti Microsoft perlu diteruskan dalam usaha membantu meningkatkan daya pemikiran inovasi di kalangan pelajar.

Kami sendiri sudah memperkenalkan laman web myideas.my yang menggalakkan masyarakat meningkatkan serta berkongsi idea kreativiti dan inovasi dalam web dan merancang untuk menyokong langkah MOSTI membangunkan InnoCentre dan Kelab Inovasi di sekolah,” katanya.

Pertandingan Kodu Kup inisiatif utama Microsoft dalam usaha membangunkan modal insan selain program pendidikan seperti Imagine Cup dan DreamSpark.

Apa komen anda?