CapSquare Saingi Low Yat, Pusat ICT Baru Lembah Klang

Anda mahu alternatif membeli-belah barangan elektronik selain Low Yat atau Digital Mall? Mungkin berita lanjutnya menjadi pilihan anda. Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menjangkakan peruncit produk teknologi yang beroperasi di gedung More »

Chrome Web Store Gaya Baru Pelayar Internet

Chrome Web Store secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Malaysia. Chrome Web Store merupakan pasaran terbuka yang memberikan pengguna hab yang mudah untuk melayari, mencari dan membeli aplikasi terbaik di web More »

Pandu Uji Kereta Google Dapat Lampu Hijau

Pegawai Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) di Nevada, Amerika Syarikat sudah mengeluarkan lesen pertama seumpamanya di negara itu kepada Google untuk menguji kereta pemanduan automatik sepenuhnya di jalan raya. Lesen itu dikeluarkan selepas More »

Epson Sambung Kontrak Taja MU

Epson yang juga pengeluar pencetak dan peralatan pejabat digital menyambung kontrak menaja pasukan bola sepak popular, Manchester United sebagai pembekal peralatan rasmi pejabat. Ia bermakna, tempoh tajaan tamat pada penghujung musim 2014/15 More »

Angry Birds Catat Muat Turun 1 Bilion

App game popular, Angry Birds mencatatkan jumlah muat turunnya mencecah kepada 1 bilion selepas beberapa tahun dilancarkan di dunia yang dimulakan dengan Apps Store. Ia model perniagaan yang menarik bagi app yang More »

Samsung Galaxy S III Kini Atas Kapal ke Malaysia

dilaporkan sudah menerima 9 juta tempahan model Samsung Galaxy S III dengan kebanyakan tempahan dikhabarkan datang dari Asia.

Model yang baru diperkenalkan awal tahun mempunyai ciri menarik dan dijangka mula dijual di Malaysia pada 25 Mei setelah ia dilancarkan pada malam hari sebelumnya.

Setakat ini, tiga syarikat telekomunikasi telah mengesahkan mahu memasarkannya secara berpakej masing-masing iaitu DiGi, Maxis dan Celcom.

Ia akan dijual pada harga RM1,999 dengan DiGi sekali bakal mengeluarkannya dengan subsidi lebih murah.

Dilaporkan, sebanyak 50 ribu unit fasa pertama Galaxy S III telah mula dikapalkan ke negara ini terus dari kilang di China.

CapSquare Saingi Low Yat, Pusat ICT Baru Lembah Klang

Anda mahu alternatif membeli-belah barangan elektronik selain Low Yat atau Digital Mall? Mungkin berita lanjutnya menjadi pilihan anda.

Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menjangkakan peruncit produk teknologi yang beroperasi di gedung beli-belah peralatan elektronik, Pikom ICT Mall di CapSquare, Kuala Lumpur mampu menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.

Ia mampu direalisasikan apabila peruncit ditawarkan harga sewa yang rendah berbanding gedung beli-belah lain di pusat bandar.

Antara aspek ia boleh direalisasikan ialah tawaran kadar sewa melebihi 50 peratus lebih rendah berbanding pesaing terdekat yang membolehkan peruncit beroperasi dengan tenang tanpa perlu memikirkan kos tinggi.

Pusat tersebut diwujudkan apabila rungutan di kalangan ahli Pikom yang memaklumkan harga sewa segelintir gedung beli-belah peralatan elektronik naik berganda setiap tahun sehingga membebankan mereka.

Pikom ICT Mall bekerjasama dengan pembangun hartanah Bandar Raya Developments Bhd (BRDB) bagi membangunkan CapSquare hasil kajian lebih sembilan tahun.

Bangunan itu dibina setinggi empat tingkat dan mula beroperasi sekarang dengan objektif utama membantu pemain industri yang menghadapi masalah kenaikan sewa yang tinggi.

Beberapa penyewa termasuk pengedar komputer Apple, Acer dan Garmin serta syarikat telekomunikasi seperti Celcom melalui Blue Cube sudah membuka setor masing-masing di gedung membeli-belah terbabit.

Turut dibuka, panggung wayang di tingkat atas gedung membeli-belah berkeluasan 135,320 kaki persegi berhampiran stesen LRT Dang Wangi terbabit.

Test Produk: U Mobile, Di Luar Jangkaan

Seperti biasa yang kita lalui setiap hari, internet memainkan peranan yang sangat pentingkan sehinggakan sesuatu urusan payah dilaksanakan jika aksesnya terputus.

Gunanya internet seakan menggantikan telefon untuk berkomunikasi, melakukan kerja sekolah atau membuat kajian bagi menyelesaikan assignment kolej/universiti sehinggalah menyediakan pembentangan (presentation) di depan bos.

Biasalah, zaman sekarang, tidak 100% orang lekat di satu tempat untuk mendapatkan internet. Kadang-kadang anda berada di KLCC tapi setengah jam kemudian anda perlu berada di Sungai Besi pula. Dengan laptop yang dibawa, pilihan internet juga penting.

Tapi, untuk mendapatkan pembekal telekomunikasi yang benar-benar memberikan tawaran terbaik kepada anda juga kadangkala memeningkan, ada yang tawarkan kepantasan, ada yang tawarkan harga, ada yang tawarkan poin ‘value added’. Letih untuk anda pilih. Tapi seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, harga tetap pilihan nombor satu!

Nasib baik, ada pembekal yang menawarkan pelan yang bukan saja murah atau berpatutan tapi ia langsung tidak berkompromi terhadap kapasiti data yang disalurkan kepada pengguna, itulah U Mobile (U Mobile Sdn Bhd)!

Sejak dilancarkan hinggalah sekarang, U Mobile pantas menyediakan kapasiti internet yang positif dengan tawaran paling menarik sekarang berkelajuan 42Mbps. Ia angka yang dicatatkan di atas kertas namun tidak mustahil untuk mendapatkan kelajuan sedemikian. Setelah diuji, rekod menunjukkan ia mampu menghampiri tahap tersebut.

Biasanya kami mendapat purata maksimum 10Mbps tapi dengan U Mobile, kapasitinya lebih besar dan stabil.

Lokasi? Setakat ini, kami sudah mencuba kelajuan 42Mbps di beberapa lokasi bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).

Ia mungkin berjaya dilaksanakan selepas U Mobile dengan penempatan lebih 1,300 tapak yang telah ditempatkan di wilayah tengah, selatan dan utara bagi memastikan capaian 42Mbps dapat dinikmati pengguna.

Ada yang mungkin bertanya, sebab apa kelajuan 42Mbps itu penting? Sebenarnya ia memastikan pengguna boleh mengakses internet 3 hingga 5 kali pantas berbanding capaian internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.

Berbalik semula kepada persoalan harga, kenapa pelan U Mobile menarik? Sebabnya, setakat ini ada w pelan data serendah RM68 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.

Bagi penggunaan biasa mengikut pandangan kami seperti melayari internet, membuka Facebook, Twitter, memuat turun muzik, filem dan bla…bla, pelan RM48 pun sudah cukup! Menonton video YouTube pun boleh tapi lebih baik kalau anda dapatkan pelan yang lebih sikit supaya lebih selesa.

Dengan kelajuan 42Mbps, kami dapati perkataan ‘buffering’ tidak akan wujud dalam rangkaian U Mobile, sesuatu yang di luar jangkaan bagi syarikat yang dikira baru di pasaran.

Secara ringkasnya, U Mobile yang datang dengan 42Mbps merupakan berita baik kepada pengguna di internet di negara ini, cukup melegakan!

Chrome Web Store Gaya Baru Pelayar Internet

Chrome Web Store secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Malaysia. Chrome Web Store merupakan pasaran terbuka yang memberikan pengguna hab yang mudah untuk melayari, mencari dan membeli aplikasi terbaik di web dan pada masa sama ia menawarkan platform yang khusus kepada pembangun untuk mempamerkan aplikasi web mereka.

Aplikasi web menjadikan pelayaran web lebih menyeronokkan, bermanfaat dan menghiburkan. Walau bagaimanapun, mencari aplikasi terbaik di web hampir sama seperti permainan bola keranjang secara maya – cabaran tersebut disebabkan sebelum ini tidak pernah ada platform khusus untuk mencari dan melihat mereka. Kini, dengan ciri penilaian, ulasan dan antaramuka yang mesra pengguna, Chrome Web Store menawarkan pengguna satu hab yang mudah untuk mencari dan membeli aplikasi-aplikasi web.

Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia berkata, “Kami pastinya teruja dengan Chrome Web Store baru termasuk beberapa aplikasi yang direka khas untuk rakyat Malaysia, yang dicipta oleh pembangun tempatan.”

Untuk mendapatkan berita dan isu semasa, pengguna boleh melayari aplikasi akhbar The Star, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Untuk tempahan dan maklumat perjalanan pula, terdapat app Air Asia yang ditawarkan. Tidak lupa juga, jika anda perlukan maklumat kewangan peribadi, aplikasi Maybank turut disediakan.

Sudah tentu, terdapat permainan Angry Birds dan Battle Stations, serta app penyimpanan popular Box, alat penyuntingan foto seperti Pixlr dan kelengkapan Google Docs.

Anda juga boleh menikmati banyak sambungan (extensions) dan tema (themes) pada Chrome Web Store yang membantu anda menyesuaikannya dengan pengalaman pelayaran web anda. Setiap sambungan mempunyai ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang ada boleh disesuaikan mengikut citarasa anda bagi menambah keupayaan Chrome yang menarik. Tidak seperti aplikasi, sambungan seperti PrayOnTime – yang memaparkan waktu solat bagi muslim setiap hari berdasarkan lokasi anda – sentiasa akan dipaparkan tidak kira laman web apa yang sedang anda layari. Manakala ciri tema menukar rupa latar belakang pelayar Chrome anda untuk memberikan sentuhan peribadi.

Dalam Chrome Web Store, aplikasi dan sambungan dipaparkan dalam ‘wall of images’ apabila anda melayari stor tersebut, jadi anda boleh meninjau stor dan mencari perkara-perkara yang menarik untuk dicuba dengan cepat. Semua aplikasi dan sambungan sangat mudah untuk dipasang (tonton video di sini: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8y_Hn2aT8Ck) – hanya tinjau imej dan klik “Add to Chrome”. Anda bebas memilih beratus-ratus tema yang banyak.

“Untuk pembangun Malaysia, pelancaran Chrome Web Store bermakna mereka juga akan dapat membangunkan dan mengedarkan aplikasi mereka dengan mudah kepada lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia yang telah menggunakan Chrome,” Sajith menambah. “Semakan dengan GS statcounter memberitahu kita bahawa Chrome digunakan oleh 44% pengguna Internet desktop di Malaysia.”

Pengguna Chrome kini akan mendapati carian dan menambah aplikasi baru, sambungan dan tema untuk pelayar web mereka lebih mudah dilakukan melangkaui pelbagai kategori. Dan lebih banyak pembangun bersedia untuk menawarkan sesuatu yang segar, anda boleh menjangka untuk melihat aplikasi dari penerbit tempatan yang besar, pencipta kandungan dan syarikat.

Untuk mencuba aplikasi ini baru, serta beribu-ribu item lain di stor, muat turun Google Chrome di http://google.com/chrome dan kunjungi Chrome Web Store di http://chrome.google.com/webstore.

Diablo III – Persediaan Rapi Sebelum Meletup

Jika anda belum membeli Diablo III, anda boleh mendapatkannya terus dari Blizzard melalui prajualan digital. Anda juga boleh pra tempahan permainan melalui peruncit di seluruh dunia.

Kalau anda berminat dalam Edisi Koleksi Diablo III, sila maklum bahawa kebanyakan kedai kini membekalkannya dalam kuantiti yang terhad dan sudah habis dijual di tempat-tempat yang mengambil pra tempahan permainan terbabit.

Anda juga boleh mencipta BattleTag™. Blizzard sendiri menjangkakan bahawa pada malam pelancaran game tersebut, kedua-dua perkhidmatan permainan dan laman web akan berada di bawah tekanan yang sangat berat kerana bilangan besar orang-orang yang teruja untuk menjadi antara pemain pertama Diablo III.

Dengan itu, Blizzard mengesyorkan anda membuat BattleTag anda sekarang, kerana ia diperlukan untuk memainkan Diablo III. Perlu diingat bahawa nama samaran tersebut bukan unik adalah pilihan yang tetap dan akan terpapar di kedua-dua bahagian dalam permainan dan di laman web, jadi pastikan untuk memilih satu yang anda suka!

Pandu Uji Kereta Google Dapat Lampu Hijau

Pegawai Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) di Nevada, Amerika Syarikat sudah mengeluarkan lesen pertama seumpamanya di negara itu kepada Google untuk menguji kereta pemanduan automatik sepenuhnya di jalan raya.

Lesen itu dikeluarkan selepas demonstrasi kereta berkenaan yang dilakukan di Las Vegas Strip dan Carson City, yang mana menunjukkan ia adalah lebih selamat, malah mungkin lebih selamat daripada kereta yang dipandu manusia.

“Kereta itu kerap dihon kerana terlalu selamat,” kata Pengarah DMV Nevada, Bruce Breslow.

Teknologi kenderaan pemanduan automatik berfungsi seperti `auto-pilot’ pesawat bagi mengemudi kereta, yang mana dalam ujian itu menggunakan model Prius tanpa sebarang atau hanya sedikit saja campur tangan manusia.

Radar laser diletakkan di atas bumbung dan bahagian tepi tingkap untuk mengesan pejalan kaki, penunggang basikal atau kenderaan lain, sekali gus mewujudkan zon lapang maya di sekitar halangan itu yang membolehkan kereta berkenaan mengelaknya.

Meskipun sesetengah individu membayangkan kereta robotik itu boleh menurunkan pengendalinya di depan pusat beli belah dan mencari sendiri ruang tempat letak kereta, Breslow berkata, ia tidak akan berlaku terlalu pantas.

Peraturan Nevada memerlukan dua orang dalam kereta ujian itu sepanjang masa. Seorang akan mengendalikan kenderaan itu manakala seorang lagi akan memantau skrin komputer yang menunjukkan laluan yang dicadangkan kereta itu serta memeriksa sebarang kesulitan di jalan raya dan di lampu isyarat.

Jika berlaku kesilapan teknikal, pemandu itu akan menggantikan fungsi automatik itu dengan satu sentuhan di brek atau terus saja mengendalikan stering.

Musim panas tahun lalu, Gabenor Nevada, Brian Sandoval menguji dan mengendalikan kereta itu di sekeliling bandar raya berkenaan.

Namun di Las Vegas Boulevard yang dipenuhi pejalan kaki dan sudut papan iklan yang besar bagi menarik perhatian pelancong adalah kawasan paling sesuai untuk menguji matlamat sebenar kereta terbabit.

“Kereta itu direka bentuk untuk mengelak daripada pemanduan yang diganggu,” kata Breslow.

“Apabila anda berada di Strip dan terdapat sebuah trak besar dan tiga orang wanita yang berpakaian seksi, kereta itu hanya boleh melihat sebuah kotak,” katanya.

Setakat ini, Google menggunakan lesen itu untuk tiga kereta ujian.

Breslow berkata, kereta berkenaan akan memaparkan plet merah dan simbol infiniti untuk mewakili statusnya sebagai kenderaan masa depan.

Sebaik saja ia bersedia untuk pasaran, sesuatu yang dirasakan Breslow akan menjadi kenyataan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi, pletnya akan ditukar menjadi hijau. – AP

Epson Sambung Kontrak Taja MU

Epson yang juga pengeluar pencetak dan peralatan pejabat digital menyambung kontrak menaja pasukan bola sepak popular, Manchester United sebagai pembekal peralatan rasmi pejabat.

Ia bermakna, tempoh tajaan tamat pada penghujung musim 2014/15 di mana Epson kekal sebagai pemilik hak memaparkan iklan mereka di papan iklan stadium Old Trafford.

Syarikat tersebut bakal menawarkan peralatan seperti projektor yang digunakan sebagai ‘backdrop’ stadium dan penggunaan di gim.

Manakala pencetak Epson digunakan untuk pengurusan maklumat ketika perlawanan termasuk senarai pemain sementara pencetak foto Epson digunakan bagi membekalkan semua fotografi rasmi.

Angry Birds Catat Muat Turun 1 Bilion

App game popular, Angry Birds mencatatkan jumlah muat turunnya mencecah kepada 1 bilion selepas beberapa tahun dilancarkan di dunia yang dimulakan dengan Apps Store.

Ia model perniagaan yang menarik bagi app yang dijual pada harga RM3 dan jumlah muat turun tersebut termasuk siri Vanilla, Seasons, Rio dan Space.

Rovio kini boleh lega dengan jumlah app yang dimuat turun tinggi dengan beberpa
 
 

PSP Vita Akhirnya Tiba Di Malaysia

Konsol game mudah alih popular, PSP Vita yang diperkenalkan syarikat Jepun, Sony Corp secara rasmi tiba di Malaysia hari ini.

Ia dijual pada harga RM1,099 bagi mod wifi manakala terdapat pakej bersama game Mode Nation yang dijual pada harga RM1,299 manakala game Uncharted dengan aksesori tambahan dijual pada harga RM1,399.

PSP Vita dilengkapi inovasi skrin sentuh 5 inci OLED dan prosesor ARM Cortex- A9 MPCore dan ditawarkan pada rangkaian wifi atau rangkaian telekomunikasi 3G.

Sedikit spesifikasinya di negara Malaysia:

  • PSP Vita wifi atau 3G
  • Memori berdaya 512MB RAM, 128MB VRAM
  • Kad storan sendiri Sony (4/8/16/32GB)
  • Dimensi: 83.55 X 182 X 18.6 mm
  • Berat: 260 gram (model WiFi)

Bagaimanapun, model 3G tidak akan dipasarkan di negara ini dalam masa terdekat.

Siapa Berani Cabar Autodesk?

Syarikat perisian kreatif, Autodesk mempunyai visi imaginasi, reka dan cipta yang merubah dunia ke arah industri inovasi lebih baik.

Ia dibuktikan penciptaan hiburan digital kini dapat dilaksanakan dengan baik dan melalui anugerah Oscar selama 17 tahun yang mana pemenang berkaitan kesan khas semuanya menggunakan perisian Autodesk.

Lebih 50 juta pengguna produk pengguna Autodesk dengan 12 juta yang lain menggunakan perisian profesional.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam perisian kreatif kejuruteraan, automotif dan hiburan, Autodesk yakin kembali menyengat selepas sepi beberapa tahun.

Pengarah Urusan Autodesk ASEAN, V R Srivatsan memaklumkan, kepesatan industri terutama kejuruteraan dan pembinaan menjadikan syarikatnya kukuh di Malaysia dan rantau ini dengan pendapatan RM1.6 bilion tahun lalu.

Autodesk juga mempunyai kerjasama dengan pelajar dengan melatih 350,000 pelajar menggunakan perisian Autodesk setiap tahun malah memberikan akses percuma kepada mereka yang disalurkan menerusi program pemantapan pelajar.

“Pelajar dalam bidang automotif dan kejuruteraan menjadi keutamaan kami seperti kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia.

“Ia berupaya dilakukan memandangkan kami menempatkan operasi kami secara tempatan,” katanya.

Beliau berkata, Autodesk kini melancarkan inovasi prototaip digital yang membenarkan ujian dilaksanakan melalui perisian dan bukannya secara fizikal yang menelan kos tinggi serta mengambil masa lama.

“Simulasi yang dijalankan secara maya lebih baik dari simulasi secara langsung yang memeritkan,” katanya.

 

Powered by WordPress | Designed by: search engine optimization company | Thanks to seo service, seo companies and internet marketing company